Sunday, June 12, 2011

NASI AYAM HAINAN

Resipi Nasi Ayam Hainam ( Hoi Lam Kai-Fan ) sebenarnya berasal dari China, daerah Hainam ( Hoi Lam in kantonis ) dan hanya nasi ayam daripada mereka sahaja yang diiktiraf paling enak.



Food Republic di Pavillion, Kuala Lumpur telah mengadakan bengkel memasak bertemakan Oriental Delights. Restoran ini juga merupakan diantara ruang makan bertema pertama di Malaysia. Lebih daipada 50 jenis makanan yang dihidangkan.






 
Nasi Ayam Hainan

Bahan untuk ayam :
  • 1 ekor ayam
  • 5 helai daun bawang
  • 6 inci halia (potong halus)
  • 2 sudu besar kicap
  • 1 sudu minyak bijan
  • 1 biji timun (potong bulat)
  • Sedikit daun sup, daun ketumbar
  • 1/2 sudu besar lada putih
  • garam secukup rasa
Cara membuatnya :
1. Setelah ayam bersih, masukkan halia dan daun bawang di dalamnya.
2. Dalam bekas yang besar masukkan air, lada putih dan garam kemudian didihkan dalam api perlahan  selama 45 minit.
3. Apabila ayam sudah masak, angkat dan masukkan ayam dalam air sejuk. Biarkan10 minit.
4. Sejat ayam, kemudian potong mengikut ukuran kecil. Sedia dimakan untuk empat atau lima orang.


Bahan untuk sos :
  • 1 sudu besar air limau nipis
  • 2 sudu gula
  • 4 sudu besar sos cili
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • garam secukup rasa
Cara memasak :
1. Campurkan sos cili, air limau nipis, gula, garam, bawang putih, sedikit air rebusan ayam dan garam secukup rasa. Masak dalam api perlahan.


Bahan untuk nasi :
  • 3 cawan beras
  • Seulas bawang putih
  • 2 sudu kecil garam
  • 2 1/2 sudu besar minyak sayuran
  • 6 cawan air rebusan ayam
  • 6 helai daun pandan
Cara memasak :
1. Basuh beras kemudian keringkan.
2. Panaskan kuali masukkan minyak sayuran kemudian bawang putih. Biarkan beberapa minit.
3. masukkan beras kemudian kacau sehingga nampak berkilat antara 8 hingga 10 minit.
4. Angkat kemudian masukkan beras ke dalam periuk bersama enam cawan air rebusan ayam, garam dan daun pandan.
5. Didihkan dalam api yang kecil sehingga masak.
6. Angkat kemudian hidangkan bersama ayam, timun, kicap, sos, daun bawang dan daun sup.

Sumber : Chef Paul Wong - Segeant Chicken Rice 


0 comments:

Post a Comment