Tuesday, December 13, 2011

KARI IKAN FAIZA

BAHAN2

500 gm Ikan
8 biji Bwg merah - hiris
10 Ulas Bwg putih - hiris
3 s/b Rempah Kari Ikan Faiza
1/2 s/b Halba
1/4 s/b Jintan manis
1 inci Halia
2 cwn Santan
3 biji Tomato - belah 4
2 biji Bendi - belah 2
3 biji Cili hijau - belah 2
2 tangkai Daun kari
Air asam jawa & Garam secukup rasa
Minyak utk Menumis


CARA2

1. Panaskan minyak, tumis bhn2 yg dihiris, halba, jintan manis, daun kari hingga naik bau.

2. Masukkan Rempah Kari Ikan Faiza, kacau hingga naik bau.

3. Kemudian masukkan santan yg telah dibancuh dgn air asam jawa, biarkan mendidih kemudian masukkan ikan selama 5 mint.

4. Masukkan tomato, bendi, cili hijau dan garam secukup rasa.

5. Hidangkan semasa panas.

Sunday, June 12, 2011

NASI AYAM HAINAN

Resipi Nasi Ayam Hainam ( Hoi Lam Kai-Fan ) sebenarnya berasal dari China, daerah Hainam ( Hoi Lam in kantonis ) dan hanya nasi ayam daripada mereka sahaja yang diiktiraf paling enak.



Food Republic di Pavillion, Kuala Lumpur telah mengadakan bengkel memasak bertemakan Oriental Delights. Restoran ini juga merupakan diantara ruang makan bertema pertama di Malaysia. Lebih daipada 50 jenis makanan yang dihidangkan.






 
Nasi Ayam Hainan

Bahan untuk ayam :
  • 1 ekor ayam
  • 5 helai daun bawang
  • 6 inci halia (potong halus)
  • 2 sudu besar kicap
  • 1 sudu minyak bijan
  • 1 biji timun (potong bulat)
  • Sedikit daun sup, daun ketumbar
  • 1/2 sudu besar lada putih
  • garam secukup rasa
Cara membuatnya :
1. Setelah ayam bersih, masukkan halia dan daun bawang di dalamnya.
2. Dalam bekas yang besar masukkan air, lada putih dan garam kemudian didihkan dalam api perlahan  selama 45 minit.
3. Apabila ayam sudah masak, angkat dan masukkan ayam dalam air sejuk. Biarkan10 minit.
4. Sejat ayam, kemudian potong mengikut ukuran kecil. Sedia dimakan untuk empat atau lima orang.


Bahan untuk sos :
  • 1 sudu besar air limau nipis
  • 2 sudu gula
  • 4 sudu besar sos cili
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • garam secukup rasa
Cara memasak :
1. Campurkan sos cili, air limau nipis, gula, garam, bawang putih, sedikit air rebusan ayam dan garam secukup rasa. Masak dalam api perlahan.


Bahan untuk nasi :
  • 3 cawan beras
  • Seulas bawang putih
  • 2 sudu kecil garam
  • 2 1/2 sudu besar minyak sayuran
  • 6 cawan air rebusan ayam
  • 6 helai daun pandan
Cara memasak :
1. Basuh beras kemudian keringkan.
2. Panaskan kuali masukkan minyak sayuran kemudian bawang putih. Biarkan beberapa minit.
3. masukkan beras kemudian kacau sehingga nampak berkilat antara 8 hingga 10 minit.
4. Angkat kemudian masukkan beras ke dalam periuk bersama enam cawan air rebusan ayam, garam dan daun pandan.
5. Didihkan dalam api yang kecil sehingga masak.
6. Angkat kemudian hidangkan bersama ayam, timun, kicap, sos, daun bawang dan daun sup.

Sumber : Chef Paul Wong - Segeant Chicken Rice 


Saturday, November 27, 2010

AYAM MASALA

Sumber : Restoran 131 Capati & Curry (bangunan berhadapan Arked Batu Gajah, Perak) 

Harian Metro-23 Mei 2010 (ahad)



BAHAN2 :

1 ekor ayam (potong kecil)
2 sudu serbuk kunyit
5 sudu serbuk cili
170 gm serbuk kari daging/ayam
1 sudu kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih
Halia secukup rasa
1 sudu bawang putih kisar
2 biji bawang besar (hiris)
7 batang cili hijau
3 biji tomato (potong kecil)
1 cawan santan
Garam, gula dan asam jawa secukup rasa


CARANYA  :
1. Masukkan minyak untuk menumis, tumis kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih hingga naik bau.
2. Masukkan bawang putih, serbuk kunyit, serbuk cili, kari daging/ayam dan halia.
3. Apabila ayam dan tomato sehingga hampir masak, masukkan santan.
4. masukkan garam, gula dan asam jawa secukup rasa.

Sunday, October 3, 2010

sumber : chef Norzailina

Untuk membuat pelbagai jenis kuih-muih, roti, pastri,kek atau biskut, anda hendaklah memahami serba sedikit tentang jenis-jenis tepung yang sesuai dengan produk-produk tersebut.

1. Tepung Gandum Serbaguna (All Purpose Flour)
Tepung ini paling mudah didapati di pasaran. Ia sesuai untuk membuat pelbagai jenis kuih-muih, roti, pastri ,kek atau biskut. Tepung ini adalah tepung protin sederhana dan kandungan protinnya adalah 9 - 10.5 %.

2. Tepung Protin Tinggi
Tepung ini juga dikenali sebagai tepung roti dan ia amat sesuai untuk membuat roti dan produk-produk pastri. Kandungan protin adalah tinggi iaitu 12.6 - 13.6 % .Gluten yang terhasil apabila tepung ini diuli memberi kekenyalan kepada roti.


3. Tepung Pau
Tepung ini sesuai untuk membuat pau kerana sangat cerah dan putih. Pau juga akan menjadi lembut dan halus. Kandungan protinnya ialah 9.5 - 10.5 %.


4. Tepung Kek
Ia juga dikenali sebagai tepung superfine . Tepung ini jenis rendah protin dan sesuai untuk membuat pelbagai jenis kek dan pastri.



5. Tepung Ros Merah (Red Rose Flour)
Tepung ini mengandungi sedikit tepung jagung dan bahan perangup biskut. Oleh itu ia sangat sesuai untuk membuat pelbagai jenis biskut.



6. Tepung Hong Kong
Tepung ini juga dikenali sebagai 'water lily flour' dan ia sangat putih. Ia sesuai untuk membuat kek lapis dan menjadikan kek lembut.


7. Tepung Hoen Kwee
Tepung ini diperbuat dari sejenis kacang dan sering digunakan untuk membuat kuih-muih terutama di Indonesia. Ia boleh didapati dalam peket-peket kecil seberat 85 gm dan terdapat dalam pelbagai warna seperti kuning, putih, hijau dan merah.


8. Tepung Naik Sendiri (Self-Raising Flour)
Tepung ini adalah sejenis tepung kek dan ia telah mengandungi serbuk penaik dan soda bikarbonat dalam kadar yang tertentu. Jika anda menggunakan tepung ini untuk membuat kek, tidak perlulah menambah serbuk penaik dalam resepi anda.


Lain-lain jenis tepung yang biasa kita gunakan adalah tepung kastad, tepung jagung, tepung ubi, tepung beras, tepung pulut, tepung susu dan lain-lain yang digunakan hanya sedikit sahaja. Oleh itu, pastikan anda menggunakan tepung yang betul agar hasil produk tersebut memuaskan hati anda

Monday, March 1, 2010

Sumber : Cikgu Sekolah Ku

Resepi yg bnyak memori ms kat skool dlu2. Mmg best . . . .

BAHAN2

  • 6 kpg Roti Gardenia
  • 1 cwn Susu Cair
  • 1/2 Kiub Pati Ayam
  • 1/2 s/k Garam
  • 1 s/k Gula
  • 2 biji Telur
  • 1 tangkai Daun Sup/Bawang
  • 1 biji Bawang Besar (dadu)
  • 1/2 bungkus Rempah Kari Daging
  • 1/2 s/k Serbuk Lada Sulah
  • 1 s/b Daging Cincang
  • 1 s/b Minyak
  • 200 gm Mix Vegetable
  • 1 ulas Bawang Putih (mayang)
  • 2 ulas Bawang Merah (mayang)
  • 1 inci Kulit Kayu Manis

CARA2
  1. Potong roti 1'' persegi, rendam dlm susu yg dicampur garam & gula.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang & kulit kayu manis. Bancuh rempah, masukkan dlm bawang tumis, kacau hingga wangi, masukkan daging & serbuk lada.
  3. Masukkan mix vegetable & bawang besar. Tutup api. Masukkan roti yg telah kembang & kacau rata. masukkan daun sup/bawang.
  4.  Pukul telur & tuang dlm bahan td.
  5. Lenserkan tin pembakar, masukkan adunan. Letakkan majerin sedikit di atasnya.
  6. Bakar selama 25-30 minit.

Wednesday, February 24, 2010

Sumber : Rancangan Ole2 Chef Zam Ep2 (2009)

Kek ni memang sgt2 sedap terasa kelembapan dia mmmm.... terasa nak lg. Aku penah try buat kek ni ramai mber2 puji sedap. Boleh buat utuk kek besday @ hantaran.

BAHAN2

475 ml air panas
85 gm serbuk koko
345 gm tepung gandum - ayak
9 gm soda - ayak
2 gm baking powder - ayak
225 gm  butter (unsalted)
450 gm gula kastor
4 biji telur (besar)
8 ml esen vanila


CARANYA :
1. Pukul butter, gula hingga kembang. Masukkan telur sebijik demi sebijik dan esen vanila.

2. Bancuh serbuk koko dengan air panas.

3. Masukkan bahan tepung yang diayak berselang seli dengan bancuhan koko dalam adunan.

4. Kacau sampai sebati dan bakar pada suhu 180 selama 45 minit.


FROSTING
1 cwn butter (unsakted) / 250 gm
1 cwn cream cheese / 250 gm
1 biji kuning telur
300 gm coklat masakan
2 s/k esen vanila
2 1/2 gula ising - ayak
1/4 s/k garam

CARANYA :
1. Cairkan coklat masakan "double boiler". Setelah cair di bahagikan kepada 2 bahagian. Bahagian pertama di gaul dengan badam hiris yang dibuat bentuk bulat dan sejukkan.

2. Pukul butter dan cream cheese hingga kembang. Masukkan kuning telur, esen vanila dan gula ising berselang seli dengan separuh lagi coklat masakan


BAHAN HIASAN
Badam hiris
Jem bluberry
3 biji buah strawbery
White choclate
Bunga

CARA MENGHIAS :
1. Bahagi kek kepada 3 lapisan. Setiap lapisan di sapu dengan jem bluberry dan frosting.

2. Setelah siap sapu lebihan frosting hingga seluruh kek. (buat mcm serabut2 cikit frosting 2)

3. Hias bersama buah strawbery dan bunga.

4. Badam yang di celup coklat tadi di susun di tepi kek

5. White choc di kikis nipis dan di tabur di atas kek.

6. Jika suka boleh tabur gula ising atas stawbery.

Tuesday, January 26, 2010

Sumber : Master Chef Sabri Hassan (Rancangan WHI 2009)

Memandangkan stok yg lebih2 ada kat umah jd buka la menu apa yg blh buat dgan bhan2 yg ada. Resepi ni dr chef sabri tgk dlm rancangan WHI tv3 trus salin resepi dia mmg sgt2 lah sonang buetnyo... Masa buat ni terkurang milk cikit jd klu nk buat lebih2kan milk biaq roti 2 tengggelam dgn susu bru asa lg sedap...

BAHAN2

5 biji telur
500 ml susu segar/susu kotak
2 s/b gula
1 s/k esen vanila
Kismis hitam
Roti Gardenia (potong 4)
Butter
Badam slice (optional)

CARANYA:

1. Pukul telur dengan gula hingga sebati. Masukkan susu dan esen vanilla dan pukul lagi.

2. Sapu butter pada loyang, kemudian taburkan gula dan kismis. Kemudian susun roti di atasanya. Bagi lapisan ke-2, sapu butter diatas roti. Kemudian taburkan gula serta kismis dan letakkan lapisan roti bagi lapisan ke-3. Ulang proses yang sama ikut selera masing2 kalau nak tebal ka nipis lapisan 2.

3. Last, tuang campuran telur tadi ke dalam roti. Taburkan badam slice di atasnya.

4. Bakar dengan cara "double boiler" selama 25 hingga 30 minit.

p/s : jika campuran telur yang digunakan tidak kena pada semua roti, bolehlah ditambah susu ke dalamnya.